July 12, 2013
SAHOR #2 : KONTRA

di dalam saf jemaah,di dalam susunan orang orang dewasa, terselit satu sosok budak lelaki. badan ia gempal sedikit. berkulit putih, berambut lurus bersongkok penyek. semasa majoriti sudah pergi usai rakaat ke lapan tarawikh, ia ke saf hadapan. susun rapat kakinya dengan jemaah sebelah di antara tua tua dewasa. 

orang rukuk ia rukuk. orang sujud ia sujud. sampai ke rakaat yang ke 16, ia nampak letih, namun digagahkan juga. butir butir keringat nampak di pelipis dahi. bahagian belakang baju sudah lencun dibasah peluh. ikutlah ia bersama jemaah hingga selesai rakaat yang ke 20, lengkap dengan 3 witir. 

si kecil ini ada di kebanyakan malam di dalam saf sehinggalah malam syawal mampir.

*

di sudut yang lain di masjid yang sama, seorang dewasa keluar setelah usai solat tarawikh yang 8. 

ia seorang dewasa yang berumur, mengkritik kencang aturan tarawikh masjid dan bersoal soal;

“kenapa tak diikut saja undangan masjid masjid lain yang rata ratanya tarawikh 8 rakaat sahaja. kenapa harus buat 20?”

teman teman, ia adalah seorang dewasa tua.

Bensahar

  1. achmadshazwan posted this